Monday, February 20, 2012

tak ke mana

source



aku benci bila aku dah start suka seseorang tu, aku akan start compare dia macam mana dan aku macam mana. dan last-last aku akan rasa rendah diri gila. baby are you down down down down down!


tapi kadang-kadang kita boleh agak ending macam mana. last-last tak ke mana juga. haha!

Sunday, February 19, 2012

tiga kali JANGAN

source


sejak aku ulang alik dari rumah ke tempat kerja ni, macam-macam pesen/perangai yang aku tengok. yer la, aku bawa/tunggang motor 40-50 minit pagi, 45-55 minit petang. berbeza kan? sebab jem. =.='. dan dari situ, aku selalu perhati masing-masing bawa/tunggang motor macam mana.selalu tu tak selalu sangat lah, aku tengok mana yang aku sempat lahh.

bercakap pasal JANGAN,

1. JANGAN call/terima call @ bergayut time tengah bawa kereta@motor. basikal pun! kalau urgent sangat, sila berenti kat tepi jalan. kalau korang tak sayang nyawa korang pun, orang lain termasuk aku ni still lagi sayang nyawa wehh..

2. JANGAN merokok time bawa kereta@motor atau pun basikal. awak, kalau dah gian sangat pun, tunggu lah balik rumah ke apa. kalau takut orang rumah marah, berenti lah dekat mana-mana. bahayalah!

3. sila jaga jarak anda! aku tak marah orang nak potong time aku bawa motor sebab sku ni jenis rimas kalau ada motor/kereta kat belakang aku, so aku slowkan motor bagi dia potong. dah bagi potong tu, tolong JANGAN dekat sangat. dah berapa kali aku terkejut sebab motor/kereta tu potong dekat sangatt dengan aku. menakutkannnn.


p/s: tunggang/bawa motor ni memang menguji kesabaran betul. kadang-kadang aku kena tanamkan azam, " tak nak marah orang, tak nak mencarut hari ni, tak itu dan tak nak ini."

Friday, February 17, 2012

masa untuk berpraktikal?


aku sekarang tengah praktikal. tinggal lagi sebulan setengah untuk habiskan sisa-siasa praktikal aku ni. walaupun aku bosan buat aktiviti sama setiap hari, tapi aku tetap akan rindu saat-saat praktikal. sebab kakak-kakak tempat kerja aku semua best-best weyh. supervisor pun!

meh aku cerita sedikit pasal hari-hari praktikal aku.

masuk kerja pukul 8 pagi. rehat pukul 10.30 pagi. masuk kerja..cakap-cakap dengan kawan kejap lepas tu terus cari product untuk packing. suap punya suap product masuk dalam plastik, mata jadi lali. mengantukkk weh! owh, semalam aku tidur lewat lepas tu bangun awal. memang lah mengantuk.

lepas je rehat, mengadap product balik, kali ni mungkin sesi timbang product. salah satu sesi yang aku tak berapa gemar sebab aku cepat konfiusss. haha! timbang punya timbang, mata lali. mengantuk lagii! owh, mungkin sebab masa rehat tadi aku makan banyak sangat. patutlah mengantuk.

pukul 2, lepas rehat kali kedua. masuk kilang dengan muka tak berapa nak ceria. kalau tak basuh muka tadi, mungkin kesan air liur basi masih lagi bertempek dekat muka. kali ni mengadap product lagi. sesi men'sealer'. 'kacip' product orang Ganu kate. mengantuk jugaaaa! hahahaha. dem.

apsal mengantuk sangat niii. time nak buat kerja je mesti rasa mengantuk. =.='

Wednesday, February 8, 2012

pung pang pung pang time komen.


Tasha Manshahar & Syed Shamim. source


kenal siapa dalam gambar tu?yang perempuan namanya Tasha Manshahar dan si lelaki namanya Syed Shamim. bakal artis youtube mungkin. first time dengar lagu Tasha dua hari lepas kot. tajuk Be Mine. ya, lagu dia sendiri. walaupun aku tak berapa suka lagu yang start dengan facebook-facebook ni, tapi untuk lagu ni boleh dipertimbangkanlah sebab suara dia comel. kenapa aku tak berapa gemar dengan lagu facebook? sebab kat radio hampir tiap hari pasang lagu Najwa Latif tu. aku dah start muaksss weh. hahaha!

tapi kan..tapi kannn, aku lagi suka dengar dia(Tasha Manshahar) dengan Syed Shamim buat cover lagu Mr. Saxobeat. dah berapa kali aku ulang cover tu. best weh. serius.


duck face? comel..haha! source


okay, lari topik perenggan atas ni. yang betul-betulnya kan, aku nak tulis pasal orang yang duk pung pang pung pang komen dalam youtube ni. tak kira lah mana-mana video pun. yang komen okay tu okay lah. dan ada juga yang 'menasihat' tapi lebih kepada memaki/mencela. hamboiii, sesedap rasa je. tak salah pun nak nasihat, tapi kena ada cara dia lah. tak gitu? hehe..

*
- suara perempuan best. merdu.
- suara lelaki tu time lagu Mr.Saxobeat serius boleh buat perempuan jatuh hati. serak-serak camtu.
- perempuan tu ada iras-iras Fasha Sandha sikit. erkkk, ye ke? haha! kot.

**pasal diorang pakal baju Man U pun ada yang bising kat bahagian komen tu. aduyai, lantaklahhhhhh diorang nak pakai baju apa. dengar lagu dan komen pasal suara/lagu sudah. itu pun nak jadi isu. bende remeh.

trylah dengar:

Tasha Manshahar - Be Mine
Tasha Manshahar & Syed Shamim - Mr. Saxobeat (Cover)

LIKE-> Clora Studio

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...